AntConc merupakan sebuah aplikasi yang telah diasaskan oleh Laurence Anthony pada tahun 2002 dari Universiti Waseda, Jepun. Beliau merupakan Professor di Pusat Pendidikan Bahasa Inggeris dalam Fakulti Sains Kejuruteraan. AntConc juga merupakan KWIC (Keyword in Content) yang mudah bagi program konkordans. Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah memiliki lesen yang percuma, keperluan memori yang kecil sebanyak 2MB ruang cakera dan memiliki berbilang platform seperti Windows 95, Unix dan Linux. AntConc boleh menjana baris konkordans KWIC dan plot pengedaran konkordans. Perisian AntConc ini juga merupakan salah satu perisian yang sangat penting bagi pengkaji linguistik terutama yang berkaitan dengan kajian teks.
Kelebihan AntConc :
1. Memperlihatkan data berdasarkan teks yang ingin dikaji.
2. Memberi makna perkataan yang mudah difahami oleh pengkaji berdasarkan ayat yang terdapat dalam teks kajian.
3. Membantu para pengkaji linguistik mempercepatkan proses kajian mereka dengan sistematik melalui perisian ini.
4. Tidak memerlukan pemasangan perisian yang rumit.
Kelemahan AntConc :
1. Sangat sukar bagi yang baru belajar atau yang kurang mahir menggunakan perisian AntConc.
2. Pengendalian data hanya berformatkan HTML dan XML sahaja.
3. Hanya terhad kepada korpus yang bersaiz kecil sahaja.
4. Tidak dikenali oleh ramai orang kerana penggunaan perisian ini hanya untuk penyelidik atau pengguna yang ingin mengkaji teks sahaja.
Langkah 1 : Tekan "Ctrl + A" untuk menyalin teks artikel tersebut dan tekan "Copy" untuk disalin.
Langkah 2 : Setelah teks artikel disalin, kemudian ditampa ke dalam notepad yang berformatkan plain text iaitu dengan menekan "Paste".
Langkah 3 : Tekan "File" dan cari simbol "Save As" bagi tujuan penyimpanan fail korpus tersebut.
Langkah 4 : Kemudian, namakan fail tersebut. Setelah itu, tean "Save As" untuk menyimpan data korpus ke dalam sebuah fail notepad supaya memudahkan pencarian semasa ingin memuat naik ke dalam perisian AntConc.
Langkah 5 : Buka perisian AntConc. Pilih butang "File" dan tekan "Open File(s) as "Quick Corpus" .. atau lebih mudah tekan "Ctrl + N" daripada menu "File" bagi membuka fail korpus dengan lebih cepat.
Langkah 6 : Pilih bahagian "Desktop" dan cari fail yang telah dilabelkan dengan nama korpus sebentar tadi. Setelah itu, tekan fail korpus tersebut dan tekan simbol "Open" untuk membuka fail itu di perisian AntConc.
.png)
Langkah 7 : Korpus yang telah dimuat naik ke dalam perisian AntConc akan muncul seperti di bawah ini. Bilangan perkataan teks artikel tersebut dapat dikenalpasti di atas kiri tetingkap tersebut.
Penggunaan KWIC : Untuk melihat "Keyword in Content"tekan simbol "KWIC" dan tekan satu perkataan yang ingin dicari kekerapan penggunaannya. Kemudian, tekan butang "Start" untuk melihat hasil kekerapan perkataan. Ia akan memperlihatkan cara penggunaan perkataan dan frasa di dalam korpus teks.
Penggunaan WordClouds : WordClouds merupakan ciri yang lebih kurang sama dengan Word List tetapi dalam bentuk yang berbeza. Kekerapan perkataan tidak ditunjukkan berdasarkan kedudukan dalam jadual namun ia ditunjukkan berdasarkan saiz perkataan. Misalnya, semakin besar saiz perkataan tersebut semakin kerap penggunan perkataan itu digunakan dan disebaliknya.
Penggunaan kolokasi : Pilih butang "Collocates" di atas. Kemudian, tekan butang "Start" untuk memulakan hasil pencarian kolokasi bagi menjana satu set KWIC dengan menggunakan teks korpus.
Penggunaan "Cluster/ N-Gram" : Tekan pilihan "Cluster/N-Gram" di atas kotak entri carian. Taip perkataan misalnya covid19 di hasil carian di bawah. Selepas itu, tekan butang "Start" untuk memulakan hasil pencarian. Kemudian, senarai perkataan yang dicari tadi akan terpapar bersama dengan pasangan perkataannya serta mendedahkan kekerapan perkataan itu digunakan. Selain itu, set perkataan yang berbeza juga boleh dibandingkan.
Penggunaan Word : Word atau perkataan merujuk kepada alat yang mengira semua perkataan dalam teks tersebut mengikut kedudukan dari tinggi ke rendah mengikut bilangan kekerapan perkataan. Ia juga berfungsi untuk mencari perkataan yang paling kerap digunakan dalam korpus dengan lebih cepat.
Kesimpulan : Perisian AntConc adalah perisian yang berupaya alat ringkas, senang dan mudah digunakan sesiapa sahaja dalam teknik penulisan. Namun, ia tidak menawarkan aplikasi-aplikasi yang popular kerana ia berfokuskan kepada alat yang penting dan yang diperlukan untuk analisis korpus sahaja.
Comments
Post a Comment