Posts

Showing posts from January, 2023

Cara mengumpul data berbentuk korpus bahasa menggunakan aplikasi AntConc

Image
AntConc merupakan sebuah aplikasi yang telah diasaskan oleh Laurence Anthony pada tahun 2002 dari Universiti Waseda, Jepun. Beliau merupakan Professor di Pusat Pendidikan Bahasa Inggeris dalam Fakulti Sains Kejuruteraan. AntConc juga merupakan KWIC (Keyword in Content) yang mudah bagi program konkordans. Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah memiliki lesen yang percuma, keperluan memori yang kecil sebanyak 2MB ruang cakera dan memiliki berbilang platform seperti Windows 95, Unix dan Linux. AntConc boleh menjana baris konkordans KWIC dan plot pengedaran konkordans. Perisian AntConc ini juga merupakan salah satu perisian yang sangat penting bagi pengkaji linguistik terutama yang berkaitan dengan kajian teks.  Kelebihan AntConc : 1. Memperlihatkan data berdasarkan teks yang ingin dikaji. 2. Memberi makna perkataan yang mudah difahami oleh pengkaji berdasarkan ayat yang terdapat dalam teks kajian. 3. Membantu para pengkaji linguistik mempercepatkan proses kajian mereka dengan sistematik ...